Organisasi dan Mesyuarat Perhimpunan Parlimen Francophonie

Perhimpunan Parlimen La Francophonie beroperasi pada dua peringkat :

  • peringkat antarabangsa,
  • peringkat serantau (Eropah, Amerika, Afrika, Asia-Pasifik).

Di peringkat antarabangsa, badan utama ialah Perhimpunan Agung yang bermesyuarat sekali setahun. Perhimpunan ini dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Antarabangsa La Francophonie (OIF). Perhimpunan ini membincangkan usul-usul yang sebelum ini dibahaskan terlebih dahulu oleh empat jawatankuasanya yang mengadakan mesyuarat mereka antara dua perhimpunan agung. Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti yang berikut :

  • Jawatankuasa Politik ;
  • Suruhanjaya Pendidikan, Komunikasi dan Hal Ehwal Kebudayaan ;
  • Jawatankuasa Hal Ehwal Parlimen ;
  • Suruhanjaya Kerjasama dan Pembangunan.

Satu Biro Eksekutif bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan Perhimpunan tersebut.

Sekretariat Agung berada di Paris di 235 boulevard Saint-Germain, di arrondisement ke-7, di Paris.